Jamal Abdillah (Manan Ngah / Seri Bayu)

Di Hujung Percintaan

Masih terdengar
Suara penyesalan
Di hujung percintaan
Hingga ku kesesatan tiada
Kepastian

Sudah ku cuba
Mengutip kekuatan
Mengusung kehidupan
Sayangnya penitian disekat
Sejuta tangan yang kejam

Mengapakah diriku masih terbelenggu
Dikurung satu harapan
Yang kekosongan
Terpenjara hatiku
Kerna menyintaimu
Yang teramat menyiksakan hidupku

Kau ku sayang
Berilah kemaafan
Moga ku ditemukan
Sebuah ketenangan yang damai

Sumbangan Azlina Yusoff

Ke Halaman Utama

Copyright 2002 Imnogman(TM) (ZZZ Reversed Tech, Inc.)