Jamal Abdillah (Yusoff Ismail / Noordin Che Din)

Bukan Derita Hati Meminta

Bukan derita hati meminta
Bukan sengsara cahaya hidupnya
Hilang kedua ibu dan bapa
Yatim jadinya

Sudah ditakdir yang maha Esa
Kan ku terima demikian rupa
Tabah di jiwa hidup bersama
Insan di dunia

Ke sana sini sebatang kara
Menghilang rasa pedih derita
Oh walau dikeji atau dicela
Ku tetap bahagia

Tiada siapa yang cinta derita
Si yatim itu jangan dihina
Hidup di dunia tiada berbeza
Sesama manusia

Sumbangan Azlina Yusoff

Ke Halaman Utama

Copyright 2002 Imnogman(TM) (ZZZ Reversed Tech, Inc.)