Ibnor Riza & Noraniza Idris

Mohon Maaf Di Hari lebaran

( IR: & NI:)
Selamat hari raya aidilfitri
Selamat hari raya aidilfitri
Minal aidil wal faidzin
Minal aidil wal faidzin
Kullu amin waa...
Kullu amin waa...

( IR: & NI:)
Maafkanlah zahir dan batin
Maafkanlah zahir dan batin

( IR: )
Ku mengambil kesempatan untuk menghulur tangan ini
Dengan hati suci bersih
Kupohonkan kemaafan bagi setiap kesalahan
Yang telah berlalu itu

( IR: )
Memang resam manusia makhluk Allah...
Tak lepas dari bersalah selagi kau bernyawa
Tutur kata dan perbuatan yang terkasar...
Di dalam pergaulan haruslah kau maafkan

( IR: )
Kuharapkan kepadamu lupakanlah sengketa lalu
Berdamailah dalam iman

( NI:)
Selamat hari lebaran
Minal aidil wal faizin
Mari bersalam-salaman
Saling bermaaf-maafan
Ikhlaskanlah dirimu
Sucikanlah hatimu
Sebulan berpuasa
Jalankan perintah agama

( NI:) Selamat hari lebaran
Minal aidil wal faizin
Mari mengucapkan syukur
Ke hadirat Illahi
Kita berkumpul semua
Bersama sanak keluarga
Tak lupa kawan semua
Jumpa di hari bahagia

( IR: )
Selamat hari lebaran
Minal aidil wal faizin

( NI:)
Mohon ampun dan restu
Kepada ibu bapa
Maaflah lahir batin
Pada saudara semua
( 2X )

( IR: )
Semua berhari raya
Menyambut kemenangan kita
Selama di bulan puasa
Menahan lapar dahaga

( IR: & NI:)
Bersalam bermaafan
Harapan lah diberi
Jika lanjut usia
Tahun hadapan jumpa lagi

( IR: & NI:)
Selamat berlebaran
Saling maaf-maafan
Hilang dosa yang lalu
Tiada dosa baru

La lalala lalala lalala (4X)

Ke Halaman Utama

Copyright 2002 Imnogman(TM) (ZZZ Reversed Tech, Inc.)