Hail Amir

Kau Datang Lagi Dalam Fikiranku

Kau datang lagi
Mengganggu fikiranku
Membuat daku terharu
Tiada dapat melupakannya
Kau menjelma di hatiku

Puas ku cuba
Melupakan wajahmu
Tapi ku tak berdaya
Mengapa aku rasa begini
Merindu sehari-hari

Begini rasa bila
Dilamun cinta
Hati berdebar tak terkira
Di mana saja
Ku terkenang dirinya
Hasrat ingin bersua

Kau datang lagi
Mengganggu fikiran ku
Setiap saat tak lupa
Bilakah kita akan berjumpa
Hilanglah rindu di jiwa

Sumbangan Original Collection

Ke Halaman Utama

Copyrigth 2001 Imnogman(TM) (ZZZ Reversed Tech, Inc.)