Fauziah Latiff

Sahabat

Semalam yang pergi
Sayup tak berpaling lagi
Tinggalkan semua
Pahit dan manis rasa

Di titian waktu
Aku yang terpisah jauh
Dari hidupmu
Kini merasa rindu

Sebaris namamu ku sematkan
Seraut wajahmu terpahat di ingatan
Dikaulah di antara
Insan yang bertakhta... Di jiwa

Seingatku dulu
Kita bergandingan bahu
Teguh bersatu
Bagai isi dan kuku

Dan tiada pernah ku menduga
Kini ku kehilanganmu
Bagai angin pantas menderu pagi
Membawa khabar yang pahit sekali

Sahabatku
Aku kini mencari bayangmu

Seingatku dulu
Kita bergandingan bahu
Teguh bersatu
Bagai isi dan kuku

Kini ku rasakan kekosongan
Bila kau tiada lagi meneman

Sumbangan Ixora Leen

Ke Halaman Utama

Copyrigth 2000 Imnogman(TM) (ZZZ Reversed Tech, Inc.)