Fauziah Latiff

Musim Bertukar Warna

Pagi yang sungguh jernih
Membuka pintu
Laluanku
Melangkah ke musim baru

Merenung hari-hari
Yang telah pergi
Tanpa sedar di sini
Ketenangan melewati

Warna-warna
Kuntuman mesra berbunga
Berkembangan
Menjadi hamparan indah

Semalam yang ku temu
Musim berbeza
Haluanku
Seringnya terkeliru

Terasa ku berdiri
Di taman asing
Dalam riuh ketawa
Hatiku tak punya siapa

Tanda tanya
Bermain di minda
Sampai bila
Melangkah dalam gerhana

( korus )
Hingga musim bertukar warna sejak kau tiba
Hari panas dan kemarau menyusur pergi
Kau membuang segala
Kegersangan yang melanda
Warna-warna pudar
Kini segar

Kini musim telah bertukar wajah lebih ceria
Halamanku luas terbentang penuh cahaya
Ajaibnya rasa
Sejak kau tiba

Sumbangan Ixora Leen

Ke Halaman Utama

Copyrigth 1999-2000 Imnogman(TM) (ZZZ Reversed Tech, Inc.)