Fauziah Latiff

Di Balik Tabir Sendu

Indah bercahaya di pagi redup cuaca
Nyaman yang membelai
Menenangkan hati ini
Beralun sang bayu
Membisik lembut padaku
Membawa cerita
Khabar berita bahagia

Lalu tiba-tiba
Diriku jadi termanggu
Dibuai perassan menghanyut
Di lautan perasaan
Tersentuh hatiku
Diulit lamunan pilu
Betapa semalam
Suatu mimpi nan suram

Iang suasana bernyanyi lagu ceria
Seolah petanda bermula hari bermakna
Tiada nestapa tiada lagi curiga
Pun tiada lagi senyuman dalam derita

Tiadaku akan meyesali kisah lalu
Adengan biasa cerita kehidupan
Kerna sesungguhnya di sebalik sendu itu
Tersimpan rahsia kunci kebahagiaan

Tinggalah kesangsian
Jua keresahan
Hidup lebih bererti
Takkan terisa lagi

Sumbangan Nickie Bee

Ke Halaman Utama

Copyrigth 1999 Imnogman(TM) (ZZZ Reversed Tech, Inc.)