Freshies

Digamit Takbir

Sesejuk embun pagi beku ke bumi
Bukalah tirai pagi
Digamit takbir di subuh syawal ini
Ku insaf sendiri

( 1 )
Dalam kehidupan ini semua 'kan terlari
Istilah keterlanjuran
Kata-kata ku mohon ampun segala
Bersatu pada teman

( 2 )
Di hari raya ini ada pula yang sepi
Haruskah diri tak ambil peduli
Mereka yang berada pasti 'kan berbahgia
Bagaimana pula yang sebaliknya
Bersyukurlah wahai insan

( 3 )
Ampun maaf kita buat semuanya
Ampun maaf sama kita menyahutnya
Ampun maaf semoga semua bahagia
Ampun maaf di hari raya yang mulia

( ulang 2, 1, 3 )

Ke Halaman Utama

Copyrigth 1999 Imnogman(TM) (ZZZ Reversed Tech, Inc.)