Fredo (Nathan Lawrence / A Amiruddin)

Coretan Wajahmu

Tiap hari ku memerhati, coretan wajahmu
Yang ku pamer di atas meja di dalam kamarku
Tak terasa kenangan lama, kembali menggangguku
Terungkap kisah yang lalu, antara kau dan aku

Bagaikan di air tenang
Wajahmu jelas terbayang
Kau datang dan kau hilang, pulanglah oh sayang
Ku langkahi ranjau berduri
Ku tempuhi dengan berani
Berlari dan mencari wajahmu oh kasih

Tiap kali ku merenungi, coretan wajahmu
Kerinduan meragut hati, membelai di jiwaku
Tak terhenti ku menyesali, mengapa kau pergi
Kebetulan tiada jawapan yang dapat ku temui

Di bawah sinaran rembulan rinduku kian mendalam
Lemas bersama khayalan, hilang dalam impian
Kau biarkan daku terseksa, merana dalam sengsara
Menempuh segala derita, musnah kerana cinta
Di dalam kamar yang usang, kau teruskan hidupku
Dan potretmu masih di situ buat pengubat rindu

Sumbangan Ija's Collection

Ke Halaman Utama

Copyrigth 2001 Imnogman(TM) (ZZZ Reversed Tech, Inc.)