Firdaus (C.C. / Ismandi-Firdaus)

Satu Perjuangan

Sekujur tubuh menjadi bentengan
Dan halangan kucuba lepaskan
Andai dimamah dan juga diredah
Ku pasrah tiada kugentar
Andai kurebah di gelanggang
Serta ku gagal dalam bertahan
Hanyalah doa dan azimat sebagai dorongan
Menruskan perjuangan

( korus )
Muslimin dan muslimat
Usiamu bak permata bergemerlapan
Cerah bersinar indah
Itulah khazanah yang jadi hiasan
Memancarkan sinaran
Walau diri berlumpur
Tetap kau teguh dan utuh
Walau ada yang cuba meruntuh
Ya Allah kau lindungkanlah diriku
Dari kesukaran
Ya Rabbi kau kasihkan hamba dalam perjuangan
Menegakkan Islam

Terlintas di fikiran
Apakah bakti yang pernah kau berikan
Syahid dalam berjuang
Pasti ganjaran syurga yang dijanjikan
Taman wangian yang indah
Menjadi kekasih Allah
Bukan suatu khayalan
Jelas terurai di dalam kalam
Ya Allah kumohon anugerah kekuatan iman
Ya Rabbi kau kasihkan hamba dalam perjuangan
Menegakkan Islam

Ke Halaman Utama

Copyrigth 2001 Imnogman(TM) (ZZZ Reversed Tech, Inc.)