Feminin

Dunia Cinta

Setelah lama tak berjumpa
Hanya mendengar suara
Kini kita bersua semula
Tetapi kini wasangka
Menjelma pada wajahmu
Soalanmu yang memberitahu

Kasih janganlah berduka
Di dalam dunia cinta
Harus sabar sentiasa
Danku tak pernah lupa
Dunia cinta kita
Berkekalan di hati

Dan kini daku kembali
Untuk bersamamu kasih
Tak ingin ku berjauhan lagi
Hapuskanlah wasangkamu
Percayalah asmaraku
Untuk ia kekal ke akhirnya

Jalinan kita
Untuk selamanya
Berdoa pada Yang Esa

Sumbangan RinaMS

Ke Halaman Utama

Copyrigth 1999 Imnogman(TM) (ZZZ Reversed Tech, Inc.)