Fauziah Idris

Bertimang Kasih

Bayang berbayang alah sayang
Di anaklah mata
Hati berbisik alah tuan
Siapa gerangan

Idam mengidam alah sayang
Gelisah di jiwa
Ingin merisik alah tuan
Jadi impian

Manis cinta semanis madu
Untuk tuan secangkir puan
Rindu hati rindu di kalbu
Hanya tuan hati berkenan

( 1 )
Berpilih (alah pilih)
Benang sutera (alah sutera)
Elok pandang elok sulam hai selendang
Hai kasih (alah kasih)
Hanya dia (hanya dia)
Tidur siang tidur malam
Hai terkenang tuan seorang
Rindu hati rindu bertamu
Tuan hanya tuan seorang

( ulang dari mula )
( ulang 1 )

Ke Halaman Utama

Copyrigth 2000 Imnogman(TM) (ZZZ Reversed Tech, Inc.)