Dayang Nurfaizah (Ajai / Syed ENV)

Bahagia

Lama telah kunanti pertemuan ini
Bagai dilamun mimpi
Akhirnya kukecapi apa yang kuingini
Selama ini
Jawapan kepastian hadir mewarnai
Kau lafazkan tanpa sangsi
Tak terlintas di hati untuk kunafikan
Satu kebenaran

( 1 )
Kata kata penuh bererti jadi realiti
Bila-bila ku merindu hadirmu kutunggu
Bila saja kau di sisi
Bahagia kurasa kasihku yang satu
Moga cahaya cinta
Kekal untuk selamanya

Syukur pada yang Esa
Kerana izinNya
Pudar segala pancaroba
Tak dapat kuhindarkan suatu keasyikan
Indah bersama

( ulang 1 )

Walau badai melanda
Akan kurempuh dengan sabar
Demi kebahagiaan kita

( ulang 1 )

Sumbangan Lynn Sheikh Mokhsin & aRnie Hamzah & Siti Syuhada Mohd Yunus

Ke Halaman Utama

Copyright 2002,2003 Imnogman(TM) (ZZZ Reversed Tech, Inc.)