Artis Artis 60an

Salam Aidilfitri

Tanamlah semangat perasaan muhibbah
Kekal perpaduan biarlah bertambah
Di hari raya tradisi tak diubah
Artis 60an permainan disembah

( 1 )
Selamat Hari Raya sambut Tahun Baru
Semangat muhibbah terjalin sudah
Selamat Hari Raya
Kong si kong si kong sini

Apabila tiba di hari raya
Semua kaum bersukaria
Tak kira miskin atau pun kaya
Mengikut kemampuan acara dan gaya

( ulang 1 )

Bermain mercun dilarang sudah
Janganlah kita buat tak endah
Banyak kemalangan sudah didedah
Jika berdegil buruklah padah

( ulang 1 )

Rakyat Malaysia semua golongan
Marilah kita memberi pandangan
Kepada kerajaan berilah sokongan
Hidup bersatu berpecah jangan

( ulang 1 )

Sekian sahaja rangkap karangan
Hanya inilah sebagai sumbangan
Assalamualaikum melambaikan tangan
Di dalam bulan menjadi kenangan

( ulang 1 )
Selamat Hari Raya
Kong si kong si kong sini
( fade out )

Ke Halaman Utama

Copyright 2002 Imnogman(TM) (ZZZ Reversed Tech, Inc.)