Amy Mastura

Bersama Di Hari Raya

Sejenak ku terkenang
Pernahku di perantauan
Kedengaran takbir
Ku rasa sayu di kalbu

Di dalam kerinduan
Hanya ada teman-teman
Yang sering mengusik kesayuanku
Ohh...

Tak terucap kata-kata
Perasaan ini membara
Terasa perbezaan
Tak dapat bersama-sama
( terasa perbezaan ku disini, kau di sana )

Ku sandarkan cita
Syawal ini kita bersama
Di hari yang mulia
Bersama kita semula
Di hari mulia
Bersama sanak saudara

( korus )
Selamat Hari Raya
Aidilfitri mulia
Syawal ini ku dakap
Dalam suasana keharmonian keluarga

Selamat Hari Raya
Aidilfitri mulia
Syawal ini ku dapat
Mengucup kedua tangan
Ibu dan ayah tercinta

( ulang korus )

Ke Halaman Utama

Copyrigth 2000 Imnogman(TM) (ZZZ Reversed Tech, Inc.)