Amir & Saari Amri (Saari Amri / Azam Dungun)

Kita Sama Saja

( 1 )
Jari manis terluka
Semua turut terasa
Begitu di umpama
Naluri sesama insan

Kita masih sama
Saling memerlukan
Antara kita... Oh

Kita masih sama
Walaupun berbeza
Parasnya...

Gentar rimbe perkasa
Ke tanah 'kan tumbang jua
Musim silih berganti
Yang patah tumbuh kembali

( 2 )
Kita masih sama
Menghulurkan bakti
Di dunia...

( 3 )
Tiada siapa inginkan
Kedaifan hidup...
Apalagi hinaan
Mahupun permusuhan...

Hidup biarlah sederhana
Tanpa leka...
Falsafah kecintaan
Yang penuh keindahan

( 4 )
Air dicincang
Tak mungkin 'kan putus
Begitulah persaudaraan kita
Selamanya...

Susah dan senang
Sama merasai
Tadahkan tangan
Tanda kesyukuran...
Di hati kita...

( ulang 3, 4, 1, 3 )

Sumbangan Spawn78

Ke Halaman Utama

Copyrigth 2001 Imnogman(TM) (ZZZ Reversed Tech, Inc.)