Al Mizan

Selamat Berhari Raya

Bismillahi dibaca
Setiap masa usaha
Sembahyang lima waktu
Mestilah diutama

( solo )
Puasa di bulan ram'dan
Itulah diamalkan
Zakat dan juga fitrah
Wajiblah dikeluarkan
( 2X )

Selamat berhari taya
Aidilfitri mulia
Selamat Hari Raya
Hari yang bahagia

( solo )
Mohon ampun dan restu
Kepada ibu bapa
Maaflah lahir batin
Pada saudara semua
( 2X )

Semua berhari raya
Menyambut kemenangan kita
Selama di bulan puasa
Menahan lapar dahaga

( solo )
Orang yang berpuasa
Allah beri ganjarannya
Orang yang ingkar leka
Berdosa akan dimurka
( 2X )

Berselawat ke atas nabi
Nabi Muhammad Rasullullah
Bersedekah daripada rezki
Berdoa kepada Allah

Muslimin dan muslimat
Wajiblah beribadat
Di masa kita sihat
Sebelumnya terlambat

Selamat berhari raya
Aidilfitri mulia
Selamat Hari Raya
Kita bersukaria

Bersalam bermaafan
Harapan lah diberi
Jika lanjut usia
Tahun hadapan jumpa lagi

Ke Halaman Utama

Copyright 2002 Imnogman(TM) (ZZZ Reversed Tech, Inc.)