Aini Latiff & Salim I

Selamat Hari Raya

( 1 )
( AL & SI: )
Kami ucapkan Selamat Hari Raya
Pada sekelian pendengar budiman
Ampun dan maaf segala kesalahan
Zahir dan batin, terminum dan termakan

( AL: )
Tangan dihulur bersalaman mesra
Maaf dilafaz melupakan sengketa
( SI: )
Senyum diberi dari hati yang suci
Saling gembira menyambut hari raya

( ulang 1 )

( AL: )
Suara takbir menjelang bergema
Mengucap syukur di hari yang bah'gia
( SI: )
Bermacam-macam kuih tersaji di meja
Rendang, ketupat, serunding dan sebagainya

( ulang 1 )

Ke Halaman Utama

Copyright 2002 Imnogman(TM) (ZZZ Reversed Tech, Inc.)