Pengenalan Koleksi Lirik Lagu Melayu IMNOGMAN
1998-99



Sedikit Mengenai Koleksi Ini .... Imnogman


Semasa aku sedang menjaring (istilah baru yang kami guna kat tempat kerja untuk 'surfing') halaman halaman web dalam internet, terfikir juga untuk memiliki halaman web sendiri. Aku pun terus cari lokasi web yang tak kena bayar dan mulalah merekacipta halaman peribadi aku sendiri (dah tengok kan). Bila dah siap cukuplah seronok, tapi nak buat apa. Siapa yang nak tengok. Takkan nak syok sendiri kot.

Lalu aku pun terfikir nak buat halaman web peribadi tetapi yang lebih memberi makna sikit. Ada faedah atau tak ada faedah tu anda kena nilai sendiri. Tapi bagi aku kira ok lah.

Aku pun mulalah buat Koleksi ini. Sebab cita-cita tinggi dan ada visi, aku pun jadikan ia satu projek Rakyat Malaysia (he..he..he..). Rakan-rakan aku memang ramai yang tolong sebab mereka tengah gila belajar muzik. Tapi lirik lagu mereka aku kena taip sendiri dulu. Memanglah lambat. Itu sebab aku mintak anda semua tolong aku menjayakan projek ini dengan menghantar sebarang lirik lagu. Kalau lirik lagu yang terkenal tu lagi bagus.

Koleksi ini tak pilih lirik lagu langsung (aku je yang pilih). Lirik lagu yang terpilih adalah dari tahun-tahun 60an, 70an, 80an, 90an hingga kini. Tapi janganlah hantar lagu sekolah atau lagu negaraku. Dan jangan suruh aku letak 'sound' pulak. Bercanggah pulak dengan konsep dan objektif Koleksi ini.

Anda boleh hantar lirik lagu kat alamat aku di hotmail atau yahoo (hahaha.. ada banyak lagi, tapi tak tersenarai kat sini !). Ikutlah mana tempat yang kau orang suka. Nak hantar di..???..Oops...tak boleh, itu email 'official'.

Email berbentuk peribadi tu (macam nak berkenalan ke..) malaslah aku nak jawab (sebab dah petang dah). Tapi untuk bertukar-tukar fikiran atau bertukar-tukar pendapat, disebabkan minat yang sama, bolehlah.

Halaman ini aku cuba kemaskini sebulan sekali. Kalau banyak lirik yang diterima, aku akan kemaskini seminggu sekali mengikut keperluan. Semaklah tarikh akhir kemaskini tu kalau nak tahu.

Kalau nak ambil lirik lagu dari Koleksi ini untuk buat kenangan atau nak bagi adik ke atau nak bagi abang ke, atau nak bagi siapa-siapa pun ambillah. Tapi jangan salin bulat-bulat dan buat halaman web sendiri pulak. Itu dah kira ciplak. Kalau nak buat 'link' ke halaman ini, jangan lupa bagi tau. Aku pun nak tengok laman web anda. Semua halaman di sini dicipta menggunakan 'text editor' dan 'html' (sebab aku lebih suka guna 'keyboard' daripada 'mouse').

Disebabkan sambutan terhadap Koleksi ini yang amat menggalakkan, aku telah sediakan satu ruang khas kepada penyumbang-penyumbang utama.

Akhir kata, jutaan terimakasih atas sumbangan dan pandangan anda.

Ke Halaman Utama

Copyright 2000,2002,2003 Imnogman(TM) (ZZZ Reversed Tech, Inc.)