Pengenalan Koleksi Lirik Lagu Melayu IMNOGMAN
v.2002



Sedikit Mengenai Koleksi v.2002 Ini .... Imnogman

Pengenalan Terdahulu <1998/99> <v.2000> <v.2001>

Assalamualaikum/Salam Sejahtera... Bertemu lagi dalam versi terakhir iaitu v.2002. Versi ini telah mula saya sediakan pada bulan Ogos 2001. Seperti yang anda semua maklum, tahun 2002 merupakan tahun terakhir bagi Koleksi Lirik Lagu Melayu. Pada penghujung tahun 2002, satu kajian dan keputusan akan dibuat samada hendak meneruskan atau menamatkan Koleksi ini di sini dan seterusnya mengabadikannya di dunia maya ini menjadi bahan sejarah/rujukan.

Namun begitu, buat sementara waktu, diharap anda semua dapat meneruskan sokongan seperti yang telah ditunjukkan pada tahun-tahun terdahulu terutama sokongan yang menakjubkan yang telah ditunjukkan pada tahun 2001.

Tidak banyak perubahan dibuat dalam versi ini. Sebelum tahun 2001 berakhir, saya telahpun menggantikan semua Java Applets dengan Animated GIFs untuk meningkatkan prestasi 'page loading'. Dan janganlah berharap saya akan menggunakan Flash dan Shockwave. Sedikit Java Script dikekalkan. Saya tidak akan menggunakan 'frame' seperti dalam Koleksi Puisi, Cerpen, Novel atau Mingguan Koleksi Imnogman atas sebab yang sama. Di samping itu faktor masa menjadi penghalang utama disebabkan saya menggunakan HTML sepenuhnya.

Perubahan besar hanyalah pada tambahan 'sub directory' disebabkan bilangan 'HTML page' yang terlalu banyak dan 'berat' untuk sebuah laman web. Dan nampaknya Koleksi ini akan terus kekal tanpa Audio Files, MP3, Realaudio ataupun Streaming Media. Cukuplah rasanya dengan sedikit MIDI yang ada tu. Sokonglah Industri Muzik Melayu. Dapatkan yang ORI di kedai berhampiran. Rasa bangga bila dengar Album M Nasir, Raihan, ZZ, dan CT cukup laris di pasaran.

Dan bagi saya, Koleksi inilah saja yang dapat disumbangkan. Terimakasih atas segala sokongan/sumbangan/pandangan.

Ke Halaman Utama

Copyright © 2002,2003 Imnogman(TM) (ZZZ Reversed Tech, Inc.)