Pengenalan Terdahulu 1998/99
Akhirnya tercapai juga sasaran Koleksi ini lebih awal daripada jangkaan.
Pada mulanya aku jadi serba-salah samada hendak meneruskan atau menamatkan
sahaja Koleksi ini di sini dan menumpukan perhatian kepada Koleksi lain
yang lama tertangguh. Tetapi disebabkan terlalu banyak kata-kata semangat
dan sokongan padu pengunjung (terutama dari Malaysia, Singapura & Brunei
Darussalam), membuatkan aku bercadang meneruskan Koleksi ini hingga sampai
Tahun 2002, insyaallah.
Sebagai meneruskan tradisi Koleksi ini yang sentiasa dikemaskini, aku telah membuat sedikit perubahan kepada versi 2000. Tujuannya bagi meningkatkan sokongan kepada pengguna-pengguna Netscape Communicator. Pengguna Internet Explorer rasanya tiada masalah. Aku juga telah menambah sedikit MIDI, 'java applets' dan 'background colors' supaya Koleksi ini taklah nampak ketinggalan zaman. Sebagaimana dahulu, anda boleh menghantar lirik lagu menerusi email ke alamat aku di HoTMaiL. Kalau anda hendak membuat 'link' ke halaman ini, jangan lupa beritahu. Aku pun hendak melihat rupa laman web anda. Manalah tahu boleh letak dalam Bookmark aku. Aku juga telah sediakan satu halaman khas untuk penyumbang-penyumbang utama Koleksi ini. Silalah lawati. Jika ada sebarang cadangan dan pandangan bolehlah dicatat dalam buku tetamu. Akhir kata, jutaan terimakasih atas kunjungan, sumbangan dan pandangan anda. |