Sejambak Syair Alif Mokhter

Rupa-rupanya Keluarga Ku Meninggal

Aku melihat kat bukit-bukau
Kayu-kayan nampak tumbuh menghijau
Kian direnung hati ku risau
Oleh kampung ku mengimbau-ngimbau

Aku sengaja mengira-ngira
Kampung ku jauh di hujung desa
Berjalan, berbasikal dan jua berkereta
Untuk ke sana akan memakan masa

Oleh kuatnya runtunan hati
Penuh nekad terus menjalani
Dengan niat penuh berani
Kepada Allah pergantungan diri

Kaum keluarga tak pula menegur
Mereka bertimpuh, bersila, bertafakur
Tiba-tiba saja airmata ku meluncur
Terlihat jenazah lurus terbujur

Balikku rupanya panggilan ziarah
Keluarga ku berpulang ke Rahmatullah
Untuk menyempurnakan satu sunnah
Kehendak Tuhan Penyayang Pemurah

17 Oktober 1989

Ke Halaman Utama

Copyrigth 2000 Imnogman(TM) (ZZZ Reversed Tech, Inc.)