Sejambak Syair Alif Mokhter

Puasa Di Bulan Ramadan

Rukun ketiga berpuasa sebulan
Wajib ditunaikan di bulan Ramadan
Menahan nafsu minum dan makan
Bertarawih bertadarus amat digalakkan

Beramal ibadat di bulan puasa
Yang mengerjakan pahalanya berganda
Sengaja diingkar mendapat dosa
Balasannya di Akhirat tetap neraka

Mereka yang berpuasa tubuhnya sihat
Sekalipun berlapar tenaganya kuat
Kerja hariannya sempurnalah dibuat
Dirinya terjamin dunia Akhirat

Orang yang bersengaja terus ingkar
Kononnya berpuasa hanya berlapar
Di dunia 'kan diburu atau dikejar
Di Akhirat dirinya kekal dibakar

Wahai sekelian kaum muslimin
Walaupun berlapar Tuhan 'dah pun menjamin
Seperti cahaya di gelap bumin
Datangnya rezki tempat bermusim

11 Oktober 1989

Ke Halaman Utama

Copyrigth 2000 Imnogman(TM) (ZZZ Reversed Tech, Inc.)