Sejambak Syair Alif Mokhter

Pasar Minggu Yang Ku Kunjungi

Orang ramai ke pasar sari
Di sana sibuk berjual beli
Murahnya barang ternyata sekali
Sebilang minggu kekal begini

Aku dan maknya sentiasa ke sana
Bebarang dapur aku berbelanja
Cukup seminggu buat peruntukannnya
Di minggu lain datang semula

Aku terpesona kat penjual ubatan
Keluar cakapnya bak peluru mesin gun
Laku tak laku kerjanya jalan
Minggu ke minggu tetap demikian

Demikian pula penjual sater
Membakarnya bergerak tangan dan bibir
Pembelinya ramai dari yang hadir
Maknya jua tak pernah mingkir

Jualan mereka ke jauh malam
Bertambah ramai kok terang bulan
Gadis teruna di sana bergeseran
Di samping itu mereka berkenalan

Orang tua-tua pun sama saja
Sedikit membelinya banyak bercerita
Ke pasar sari untuk berpesta
Menghibur hati dek penat bekerja

18 Oktober 1989

Ke Halaman Utama

Copyrigth 2000 Imnogman(TM) (ZZZ Reversed Tech, Inc.)