Sejambak Syair Alif Mokhter

Menunaikan Haji ke Tanah Suci

Rukun kelima menunaikan haji
Di bulan Zulhijjah di Tanah Suci
Seumur hidup hanya sekali
Tidak mampu taklah diberkati

Menunaikan haji penuh cabaran
Memerlukan tenaga dan cukup keperluan
Dengan hati yang penuh keikhlasan
Oleh wang yang banyak perlu digunakan

Menunaikan haji disertakan menziarah
Ke Bandar Madinah makam Rasulullah
Empat puluh waktu menunaikan solah
Di Masjid Nabawi yang amat berkah

Berbagai cabaran mudah di atasi
Dengan niat yang suci dan hati berani
Sekali dah pergi nak berulang lagi
Demikian murninya hikmat di Tanah Suci

Semasa menulis syair yang ada
Suami isteri baru saja menunaikannya
Baru dua bulan kembali dari sana
Kan ke sana lagi bila cukup belanja

11 Oktober 1989

Ke Halaman Utama

Copyrigth 2000 Imnogman(TM) (ZZZ Reversed Tech, Inc.)