Sejambak Syair Alif Mokhter

Mengucap Dua Kalimah Syahadah

Mengucap syahadah pertama sekali
Rukun Islam penting dan pasti
Mulut berkata dan tasdik di hati
Allah dan Rasul Nya diakui sekali

Mengengkari Allah syirik sekali
Tak percayakan Muhammad kufur namanya
Tak Islamlah ia demikian lakunya
Selagi tak bertaubat di neraka tempatnya

Percayakan Allah Hu Rabbul Mannan
Mengakui Muhammad Rasul pilihan
Di sepanjang hayat kekal berterusan
Itulah dia orang beriman

Sekiranya si kafir mahu diislamkan
Mengucap syahadah pastilah didulukan
Kewajiban Islam terus diajarkan
Saudara baru kini dinamakan

Perkim di Malaysia bertanggungjawab
Mengislamkan manusia yang penuh insaf
Setelah mengucap syahadat dibuat
Mereka dibimbing Iman diperketat

10 Oktober 1989

Ke Halaman Utama

Copyrigth 2000 Imnogman(TM) (ZZZ Reversed Tech, Inc.)