Sejambak Syair Alif Mokhter

Mati

( MIM: )
Mati itu pada yang hidup
Menerimanya tak peduli sanggup tak sanggup
Muda atau tua bila masanya dah cukup
Malikul Maut datang nyawanya dicabut

( ALIF: )
Insan haiwan di laut dan di daratan
Ianya hidup tanpa sekatan
Untuk bergerak mengisi kemahuan
Ajalnya datang menentukan kesudahan

( TA: )
Tahukah anda mati dilupa
Tentunya anda asyik berfoya
Tahukah anda mati 'kan tiba
Tentunya anda beribadat segera

( YA: )
Yakinlah kawan dek tingginya budi
Yang berbakti takkan dilupai
Yatim piatu sentiasa dihargai
Ianya berbahagia hingga ke mati

13 Oktober 1989

Ke Halaman Utama

Copyrigth 2000 Imnogman(TM) (ZZZ Reversed Tech, Inc.)