Sejambak Syair Alif Mokhter

Kumpulan Nasyid Al Mizan SLB Ke Sungai Tekam Pahang
( Selamat Berpisah )


Sebelum patik mengundur diri
Patik menyusun sepuluh jari
Sudilah kiranya mengampuni
Ampun dan maaf patik di sini

Tidaklah dapat nak diperkatakan
Bagaimana hati punya perasaan
Dalam bermesra tiba perpisahan
Semua itu sudah ditakdirkan

Oh Tuhan Yang Maha Esa
Lindungi Tuanku dan kekuasaannya
Itulah doa patik semua
Semoga bertemu lagi di satu masa

Allah lanjutkan usia Tuanku
Allah tambahkan daulat Tuanku
Allah tinggikan darjat Tuanku
Allah kekalkan kerajaan Tuanku

( Jun 1985 - dicipta khas untuk keberangkatan DYMM Sultan Pahang ke Sg Tekam )

Ke Halaman Utama

Copyrigth 2000 Imnogman(TM) (ZZZ Reversed Tech, Inc.)