Sejambak Syair Alif Mokhter

Kumpulan Nasyid Al Mizan SLB Ke Sungai Tekam Pahang
( Beringat, Selagi Nadi Ini Masih Terasa )


Tibalah saat yang penghabisan
Berkeliling saudara dan jiran
Bertafakur, berdoa pada Tuhan
Di alam barzakh semoga aman

Amal dan anak yang salleh
Serta sedekah jariah yang bersih
Itulah bekal yang terpilih
Kemahkotaan dunia akan tersisih

Kikir, bakhil, hasad dan dengki
Tegal kekayaan menyombong diri
Tuhan murka manusia benci
Dunia Akhirat mendapat rugi

Perkara yang pasti diingat
Bila denyut nadi 'kan tamat
Tidak sesaat terlambat tercepat
Itulah sunnat tullah yang tepat

Jun 1985

Ke Halaman Utama

Copyrigth 2000 Imnogman(TM) (ZZZ Reversed Tech, Inc.)