Sejambak Syair Alif Mokhter

Kumpulan Nasyid Al Mizan SLB Ke Sungai Tekam Pahang
( Bersatu Teguh Bercerai Roboh )


Sinar alam menjulang indah
Lahirnya Muhammad di bumu Makkah
Menyatukan umat yang berpecah-belah
Dengan petunjuk dari Allah

Quran dan Hadis peninggalannya
Panduan kepada umat manusia
Untuk hidup kekal bahagia
Dunia Akhirat aman sentosa

Wahai pemimpin yang tercinta
Kami perneroka-peneroka felda
Penuh hormat dan berbangga
Membawa kami ke tempat jaya

Masanya telah sampai kini
Marilah semua petra petri
Berbimbing tangan bersatu hati
Membangun negara Malaysia ini

Tujuan dan hasrat bersama
Bersatu hati bersatu tenaga
Semua gulungan tak kira bangsa
Bekerja berusaha memaju negara

Jun 1985

Ke Halaman Utama

Copyrigth 2000 Imnogman(TM) (ZZZ Reversed Tech, Inc.)