Sejambak Syair Alif Mokhter

Kumpulan Nasyid Al Mizan SLB Ke Sungai Tekam Pahang
( Jalannya Masih Jauh )


Tunaikan perintah Tuhan sepenuhnya
Tinggalkan larangan Tuhan semestinya
Ibu bapa usah derhaka akannya
Sesama Islam jadikan saudara

Di dalam dunia banyak dikenang
Ke Akhirat tempatmu 'kan pulang
Di dalam kubur terbaring seorang
Mungkar Wa Nakir datang berulang

Kenangkan diri mu di dalam kubur
Di balik papan jasad mu 'kan hancur
Berbagai azab di sana menyusul
Amalan yang banyak kawan bertutur

Allah Hu Akbar, Allah Hu Akbar

Perjalanan pulang masih jauh
Peganglah kepercayaan dengan teguh
Ibadat yang banyak jadi suluh
Kufur membuat hampir rusuh

Jun 1985

Ke Halaman Utama

Copyrigth 2000 Imnogman(TM) (ZZZ Reversed Tech, Inc.)