Sejambak Syair Alif Mokhter

Kumpulan Nasyid Al Mizan SLB Ke Sungai Tekam Pahang
( Felda )


Pabila Malaysia telah merdeka
Felda bangun gagah perkasa
Membela rakyat masa ke masa
Peneroka tampil memberikan tenaga

Enam wilayah membangun Pahang
Beribu ekar hutan ditebang
Menempatkan penduduk berkampung laman
Darul Makmur kini tegak menjulang

Lah nyata buktinya sekarang ini
Luas terbentang di sana sini
Lautan ladang kelapa bali
Ladang getah tidaklah khali

Dalam membangun negara ini
Di mana peneroka mendapat rezki
Dengannya jangan lupakan Rabbi
Duit dilabur faedah diri

Jun 1985

Ke Halaman Utama

Copyrigth 2000 Imnogman(TM) (ZZZ Reversed Tech, Inc.)