Sejambak Syair Alif Mokhter

Kumpulan Nasyid Al Mizan SLB Ke Sungai Tekam Pahang
( Pembukaan )


Alhamdulillah patik ucapkan
Dari kehendak dan ibadah Tuhan
Selawat dan salam Rasul pilihan
Berkat dan syafaatnya agar berkekalan

Dirgahayu Dirgahayu Tuanku
Ke tanah bertuah mencemar duli
Dirgahayu Dirgahayu Tuanku
Di Sungai Tekam peneroka berdikari

Ampun Tuanku beribu ampun
Doa dan restu kepada Rabbi
Patik pacal memohon ampun
Daulat Tuanku kekal abadi

Darul Makmur alamnya indah
Lahir kekayaannya melimpah-ruah
Rakyat dan kerajaan sentiasa mewah
Rahmat kurnia Rabbul Izzah

Jun 1985

Ke Halaman Utama

Copyrigth 2000 Imnogman(TM) (ZZZ Reversed Tech, Inc.)