Sejambak Syair Alif Mokhter

Dulu Lain Sekarang lain

Dulu lain sekarang lain
Bezanya umpama benang denan kain
Dulu sentiasa cemas tak boleh main
Asyik berusaha tak ngadap kat lain

Kurusnya badan ku bak lidi penyapu
Agaknya makan minum tak menentu
Ke hutan ke rimba dok kerja meramu
Ke sawah ke ladang di itu ke itu

Dek susah dan besarnya tanggungan
Letih dan malas jauh-jauh ku humban
Merata-rata mencari tak segan-segan
Itupun pendapatan tak jua berpadanan

Sampailah masa hasil getah ku keluar
Malangnya pokok tak sekata besar
Tiap-tiap hari yang besar ku cakar
Pun tak berganti baju dan seluar

Aku bersegera berhenti merokok
Motor ku beli pendapatan ku tokok
Akhirnya kini badan ku gemuk
Di kerusi rotan dok terperoyok

Orang kata merokok balik
Pada ku itu kerja merapik
Gemok dan kurus pada ku tak pelik
Pemberian Tuhan tetap ku ambik

18 Oktober 1989

Ke Halaman Utama

Copyrigth 2000 Imnogman(TM) (ZZZ Reversed Tech, Inc.)