Sejambak Syair Alif Mokhter

Berjuang Tak Ada Ujungnya

Bila badan dah terasa tua
Makan dan minum perlu dijaga
Tidur malam amat utama
Mengelakkan penyakit datang menerpa

Orang ibaratkan hari dah petang
Bekerja, berehat, makan seimbang
Masanya dah dekat hampir ke lubang
Merawatnya taklah usia 'kan panjang

Penyakit banyak mudah berjangkit
Menentangnya, makanlah yang pahit-pahit
Kiranya banyak menyimpan ringgit
Ulangi hospital setiap minit

Pada ku setiap pagi jam empat
Segeralah bangun membanyakkan selawat
Bersenam, mandi dan jua solat
Perlu ditunai tak boleh lewat

Genap 64 tahun umur ku kini
Tetap berusaha setiap hari
Menuris menjala kebun diberseri
Tanpa penghujungnya perjuangan ini

Ada antara anak ku menentang
Padakan katanya yang ada sekarang
Banyakkan amal pagi dan petang
Berbekalkan amal untuk pulang

8 Oktober 1989

Ke Halaman Utama

Copyrigth 2000 Imnogman(TM) (ZZZ Reversed Tech, Inc.)