Sejambak Syair Alif Mokhter

Berharga Keturunan

Apakah yang kau ratapi sayang
Adakah berduka di hati walang
Atau kehendak cubalah bilang
Kau meratap hati ku bimbang

Aku mahu melihat anak ku
Engkau gembira riang selalu
Penat bekerja upahnya itu
Terubat letih hilanglah lesu

Kasih ayah tak ada taranya
Lulus kehendak bila dipinta
Kau zuriat pelapik nyawa
Tak ada anak hidup gerhana

Orang yang tak ada menimang anak
Dadanya sebu kepalanya tunak
Kian ke mari fikirannya sesak
Apalagi di hartanya banyak

Lebih lagi cucu bersama
Dinilai kasih tak ada taranya
Dek cucu terpintak kehendaknya
Kalau nak tahu bercucu pula

Ini kesah hanya keturunan
Dalam hidup menunggu zaman
Tak lengkap dunia tanpa peninggalan
Anak dan harta tujuan insan

8 Oktober 1989

Ke Halaman Utama

Copyrigth 2000 Imnogman(TM) (ZZZ Reversed Tech, Inc.)