Sejambak Syair Alif Mokhter

Alam Ku Hitam Pekat

Teringat kembali di masa lalu
Tahun 60an yang dah pun berlalu
Kesusahan aku yang tak siapa tahu
Ke hutan ke paya rezki di ramu

Bergelumang di paya meneroka sawah
Menggelidah rimba damar dipunggah
Memancing menjala ikan dibelah
Berburu ke hutan binatang dilapah

Peduli padah badan yang menanggung
Dek susahnya berusaha meneroka menengalong
Empangan dibina bergotong-royang
Mendapatkan beras menggunakan lesung

Ngeri tulang ku bila ini diingat
Masa alam ku yang hitam pekat
Malas dan letih tak ada tersemat
Hanya nak hidup aku punya matlamat

Sehari memancing keluarga ku tak habis
Kawan pun ramai berlapis-lapis
Kepada mereka tak pernah mengemis
Selagi tenaga ku masih belum habis

Cekalnya hati tidak terkira
Ingatkan Allah sentiasa berserta
Rezki ku pungut atas nama Nya jua
Bersyukur bertafakur di malamnya pula

17 Oktober 1989

Ke Halaman Utama

Copyrigth 2000 Imnogman(TM) (ZZZ Reversed Tech, Inc.)