Sejambak Syair Alif Mokhter

Adam Dan Hawa Nenek Manusia

Dek hati dan otak berfungsi
Pendapat mausia berbelah-bagi
Adanya manusia dan mulanya terjadi
Sejak dulu dan berabad lagi

Antara berpendapat asalnya kera
Dah diselidik beberapa lama
Pada Islam, itu hanya sangka
Yang beriman, adalah Adam asalnya

Tuhan memerintahkan Malaikat menempanya
Dengan segenggam tanah dari dunia
Malaikat mengusahakannya dalam syurga
Hidupnya Adam setelah bernyawa

Kebebasan Adam tanpa batasnya
Di syurga penuh nikmat hidupnya
Berfirman Tuhan untuk mengajarnya
Dalam satu perhimpunan penguni syurga

Adam di sana diisytihar oleh Allah
Ke pada sekelian diberi perintah
Mengakui Adam sebagai khalifah
Kecuali Iblis yang lain menyembah

Iblis ingkar bersujud kat Adam
Dek jadinya dari api yang padam
Katanya adam lebih hina dari khadam
Dek jadinya dari tanah yang hitam

Tuhan murka kat iblis
Dilaknatnya tak habis habis
Iblis menyambutnya dengan bengis
Kan memperdaya manusia menjadi najis

Adam tak menyangka dirinya dikutuk
Di majlis Tuhan yang pertama dibentuk
Siang dan malam dukalara memeluk
Dua burung datang memujuk

Adam menyesali dirinya berseorangan
Teringin pula nak berdua-duaan
Tulang rusuk kirinya terus dicabutkan
Menjadikan Hawa moyang sekelian

Iblis bertambah lagi irihati
Oleh Adam sudah pun beristeri
Di sini perasaannya amatlah dengki
Berikhtiarlah ia untuk menginayai

Dalam pada itu Adam diamanahkan
Pokok Khaldi usah dipergunakan
Dan buahnya usah pula dimakan
Iblis di sini menambil kesempatan

Iblis menyelinap di pemikiran Adam
Ingatan Adam semuanya padam
Dendam Iblis mula menjunam
Lupa dan lalai mulalah mengancam

Tipu daya Iblis, Adam dan Hawa terpesona
Khaldi dianggapnya paling istimewa
Siti pula memakan buahnya
Allah bersegera menghantarnya ke dunia

14 Oktober 1989

Ke Halaman Utama

Copyrigth 2000 Imnogman(TM) (ZZZ Reversed Tech, Inc.)