Sejambak Syair Alif Mokhter

Empat Anasir - Air, Api, Angin & Tanah

Kepentingan di hidup ini ialah
Air, Api, Angin dan Tanah
Semuanya itu ciptaan Allah
Menggerakkan alam menentukan Sunnah

Pada kita manusia yan berfikiran
Empat anasir itu dah di perdayakan
Pelbagai kaedah darinya diciptakan
Untuk kemudahan dan jua kesenangan

Selain manusia dari segala yang bernyawa
Empat anasir itu keperluannya jua
Bercambah membiak memenuhi maya
Amat berguna kepada kita

Kini dah dikenali di zaman pembangunan
Sains dan teknologi telah menawarkan
Untuk manusia mengubah pendirian
Cepat, mudah, semuanya menyenangkan

10 Oktober 1989

Ke Halaman Utama

Copyrigth 2000 Imnogman(TM) (ZZZ Reversed Tech, Inc.)