Sejambak Syair Alif Mokhter

Empat Anasir - Api

Api itu wahai kawan
Kecil kawan besar pun kawan
Tanpa api hatiku rawan
Ke sana ke mari tidak keruan

Ada kalanya api itu musuh
Tatkala kecilnya tersalah cucuh
Manakala besarnya jadi peroboh
Beringat berwaspada bila bergaduh

Nyalanya api boleh dipegang
Pada mentol yang sedanga terpasang
Kini tempatnya di tengah dewan
Suis dipetik kan terang benderang

Akan api yang sedang menjulang
Kok jauh pun terasa bahang
Punah-ranah yang galang menentang
Cuma bomba berikhtiar menyerang

Demikian besarnya kekuasaan api
Besar lagi kekuasaan Ilahi
Nikmat api dijunjung tinggi
Akan adanya perlulah disyukuri

Ya Allah Ya Rabbi
Tanda ada mu terbentang kini
Dari api yang kamu gunai
Alhamdulillah semuanya ini

10 Oktober 1989

Ke Halaman Utama

Copyrigth 2000 Imnogman(TM) (ZZZ Reversed Tech, Inc.)