Sejambak Syair Alif Mokhter

Empat Anasir - Angin

Angin terasa tapi tak nampak
Kenyataannya ada dedaun bergerak
Di sana di air ada berombak
Pada nan hidup amat mustahak

Angin bergerak setipa masa
Tanpa hentinya sejak dulukala
Kekal bergerak selagi dunia ini ada
Tak angin padamlah semua

Kegunaannya tak perlu disangkal
Apalagi dek orang yang berakal
Menghembus api di dalam bengkel
Hancurnya besi dan bati kerikil

Adakalanya angin itu seteru
Bila bertiupnya seperti peluru
Yang menghalangnya 'kan bersepah bercelaru
Antaranya musnah menjadi abu

Tiap yang ada Tuhanlah yang menjadikan
Seperti jua angn bertiup di awan
Kejadian ini menjadi teguhnya iman
Nikmat yang mana akan didustakan

10 Oktober 1989

Ke Halaman Utama

Copyrigth 2000 Imnogman(TM) (ZZZ Reversed Tech, Inc.)