Sejambak Syair Alif Mokhter

Empat Anasir - Air

Sejak dunia ini terpacak
Kegunaan air amatlah mustahak
Tanpa air semuanya tak bergerak
Merata tempat kini dah diletak

Kering lautan dunia akan terbakar
Awan di langit tak mungkin beredar
Keagungan manusia terus bertukar
Dek alam dah bernama mahsyar

Syukur kita kepada allah
Adanya air melempah-ruah
Olehnya negara betambah mewah
Duduk kita tak pernah gelisah

Air di rumah sentiasa ada
Dah pun disukat ditaruh harga
Hak kerajaan dibayar segera
Lewat sedikit dikenakan denda

Air oh air demikian besar gunanya
Badan ku kering basah olehnya
Sejuk nyaman penghilang dahaga
Kebesaran Allah sebagai tanda

10 Oktober 1989

Ke Halaman Utama

Copyrigth 2000 Imnogman(TM) (ZZZ Reversed Tech, Inc.)