Kata-kata Basahan Melayu NS

Pikirkan

Banyak melansit dari jaga
Banyak pelaso indok papa
Tak berduit hidup celako
Tak bermalu meminta-minta

Kiranya terasa hidup perit
Usah segan nak bergarit
Meredah paya daki bukit
Di laut di darat ada duit

Jodoh ada pemberian Tuhan
Razki jua dah diserakkan
Tanah terbaris tak terelakkan
Ikhtiar saja ada di tangan

Kiranya ada dalam dompet
Baik omeh atau ringgit
Bawalah selalu biar sikit
Untuk derma buek mosojid

Alif Mokhter Alhaj - 11 November 1992
SLB Negeri Sembilan

Ke Halaman Utama

Copyrigth 2000 Imnogman(TM) (ZZZ Reversed Tech, Inc.)