Gugusan Syair Alif Mokhter

Takdir Tuhan

Sudan, Habshah dan Somalia
Kehidupan penduduknya amat sengsara
Dilanda kemarau terlalau lama
Ditambah lagi perang saudara

Masyarakat dunia mahu membantu
Rakyat di sana setakat yang perlu
Untuk sampai bantuan ke situ
Berbagai halangan mengempang lalu

Yang sampai barang bantuan ke sana
Banyak ditawan oleh tentera
Rakyat ramai terus menderita
Yang telah mati tak lagi terkira

Dapat dilihat tayangan di TV
Mana yang hidup menunggu mati
Lelaki perempuan budak dan bayi
Binatang dan tumbuhan menyayukan hati

Apakah ini takdir Tuhan
Untuk manusia menerima cabaran
Atau masyarakatnya menerima kutukan
Tegal bermaharajalela melakukan tegahan

Gempa bumi, banjir, taufan melanda
Gunung meletup, perang menggila
Masyarakat dunia mendapat berita
Ada yang bersedia menghulur derma

Ada lagi yang lebih dasyat
Hati manusia dengki dan hasad
Yahudi Nasrani dah selamanya berniat
Umat Islam supaya merempat

Kalau dibaca kisah nabi-nabi
Punca bencana kat degilnya hati
Ajakan nabi tak mereka peduli
Suruhan Tuhan terus dibenci

Satu kaum yang lalu musnah
Dilaknat Tuhan dah punah ranah
Hilanglah mereka dikambus tanah
Hingga sekarang tanpa beremah (sisa nasi)

Banyak kaum yang telah lalu
Lenyap tiada sesiapa yang tahu
Dalam Quran boleh bertemu
Diceritakan terus satu persatu

Umat Hud, Salleh, Noh dan Lot
Semuanya musnah dah lama luput
Hancur luluh menjadi selut
Demikian Tuhan azabnya meragut

Apakah ini tak jadi iktibar
Sekarang merata dunia hampir terbakar
Penduduknya pula tak mahu sedar
Laknat Tuhan yang selamanya mencabar

Fakir hanya dapat memandang
Di sini tempatnya untuk dikarang
Mungkin nanti untuk dikenang
Sejarah dunia hitam bak arang

Jumaat 6.30 petang - 8 Mei 1992

Ke Halaman Utama

Copyrigth 2000 Imnogman(TM) (ZZZ Reversed Tech, Inc.)