Gugusan Syair Alif Mokhter

Tak Ada Hentinya

Berehat aku sebentar
Supaya badanku segar
Di atas ranjang terjalar
Terlenanya amatlah sukar

Ilham masih menerpa
Syair ku tulis jua
Sekalipun tidak di meja
Padalah beralas peha

Aku turut kehendak
Hati ku yang memintak
Dengannya segera bertindak
Menulis moga-moga banyak

Banyaklah menulis kini
Tugas ke ladang terhenti
Melayan sakitnya kaki
Dek motor punya aksi

Bersabar banyak-banyak sekarang
Oleh dah kurang wang
Berbelanja perlulah di kurang
Moga-moga tak hilang belang

Tuhan hendaknya melihat
Dek hambanya sentiasa munajat
Memohon dikurniainya rahmat
Dan segera badan ini sehat

Malah bersyukur ku kekal
Masih ada bekal
Oh Tuhan lekaslah tampal
Membolehkan menutup banyak hal

Hati ini amat cemas
Beramal jua terbatas
Selama ini tanpa malas
Siang malam tugas jelas

Walau berbelanja lesu
Berhutang belum bertemu
Orang semuanya tahu
Bayar bertangguh, malu

Di sana orang banyak
Ragamnya berlambak-lambak
Ada yang ambil tak mintak
Ada yang terang-terang merompak

Itu taklah baik Dik
Usahlah dibuek-buek (buat-buat)
Tuhan dan Nabi mengherdik
Dunia Akhirat tercekik

Sekian dulu ku pinta
Kok ada mencucuk mata
Ampun maaf dipinta
Dah baca simpan ya

10.00 pagi - 18 April 1992

Ke Halaman Utama

Copyrigth 1999 Imnogman(TM) (ZZZ Reversed Tech, Inc.)