Gugusan Syair Alif Mokhter

Sembahyang Tiang Ugama

Sembahyang itu tiang ugama
Menunaikannya kewajiban utama
Tanpa sembahyang hidup percuma
Seperti haiwan yang hidup di rimba

Lagikan kafir bersembahyang jua
Buatan mereka hanya percuma
Di sisi Tuhan ugama mereka
Sedikit habuk tidak berguna

Usah dilengahkan menunaikan solat
Buat terleka-leka itu akan dilaknat
Neraka weel disediakan tempat
Lebih-lebih lagi yang tak mau membuat

Hanya lima kali sehari semalam
Wajib dilakukan dek pemeluk islam
Bersih diri luar dan dalam
Di dalam waktunya tanpa waham

Sebelum sembahyang berwuduk dulu
Membersihkan badan amatlah perlu
Membasuh, menyapu anggota tertentu
Berpakaian bersih kat kain baju

Mengadap kiblat kaabah di Makkah
Bang dan Iqamah dibuat sunat
Membetulkan niat tanpa berubah
Kusyuk, tawadduk tak ada gundah

Bertakbiratul ilham adalah wajib
Juga baca Fatihah sebagaimana ghalib
Semuanya tepat penuh tertib
Usah tertinggal sekalipun tasded

Sebuah huruf salah sebutan
Sebuah titik ada ketinggalan
Sebuah baris nyata kehilangan
Rosaklah Fatihah batallah tujuan

Demikian rukuk, sujud, iktidal
Rukun-rukun solat usahlah tertinggal
Satu tinggal sembahyang pun batal
Demikian salam penutup ahwal

Amat senang melakukan solat
Kecuali siculas hendak berbuat
Dalam waktunya sempurna rakaat
Masanya sedikit tak berapa saat

Malang sungguh yang tak sembahyang
Tangannya kosong ketika 'kan pulang
Di balik papan terbaring seorang
Penyesalan di sana bukan kepalang

Apalagi tibanya di alam Akhirat
Bekalan perlu dari amal ibadat
Di sana tempatnya keadilan dibuat
Baik dan buruk sukatannya tepat

Balasan diterima setelah ditimbang
Banyak kebaikan tempatnya jumbang
Lebih keburukan kekal terpanggang
Di dunialah tempatnya untuk merancang

Ahad 10.00 malam - 10 Mei 1992

Ke Halaman Utama

Copyrigth 2000 Imnogman(TM) (ZZZ Reversed Tech, Inc.)