Gugusan Syair Alif Mokhter

Saham

A: Ujang

Mak, di mana Katik
Parasnya amat cantik
Hati dah tertarik
Aku nak ambik (ambil)

Emak usah gaduh
Ujang sedia patuh
Katik usah jauh
Gadai sawah baruh

Mak, benarkah demikian
Tengok ini simpanan
ASB, Ujang laburkan
Dah isi bulan-bulan

Mak, pergilah mak
Tentu Katik jinak
Isi berapa kehendak
Semoga hilang sebak

Kalau gitu biarlah
Ujang nak jauh pindah
Mak di rumah bertenanglah
Sebulan sekali Ujang jengah (jenguk)

Tengok dulu mak
Ini anak bukan onak
Liaran nanti jinak
Semua anak-beranak

Alhamdulillah syukur
Restu mak atur
Sabar, banyakkan tafakkur
Agar sempurna tidur

Mak, Ujang dah besar
Dah pandai berseluar
Usah mak gusar
Tak lama Ujang berlegar
B: Mak

Jang usah Jang
Dia dara orang
Emak takut terpanggang
Mas tak di pinggang

Ujang, Mak malu
Orang semua tahu
Wang tak ada di saku
Ujang dah tak laku

Amboi riangnya hati
Mak cuba pergi
Meminangnya hari ini
Doa iringi sekali

Jang Katik tu Jang
Masih belum godang (besar)
Usah lagi dikenang
Pilih yang lain Jang

Jang, oh Jang
Kenapa dek orang
Diri nak dibuang
Bersusah di rantau orang

Itu mau kau Jang
Mak tak melarang
Baik-baik tempat orang
Hati usah curang

Jang, anak omak
Di rantau kerenah banyak
Bak semak ada onak
Orang laku pontianak

Jang, oh Jang gitukah
Silalah menjelajah
Ingat selalu kat rumah
Elakkan buat fitnah
....... setahun berlalu .......

Proton biru berhenti
Ujang pandu sendiri
Baru, cantik sekali
Berkerumun orang menyaksi

Taklah lama merantau
Omak amat risau
Di sana sini berceridau
Mengata buruknya kau

Barulah mereka tahu
Eloknya melabur dulu
Ujang rasa terharu
Katik tiba mengadu

Terima kasih diucapkan
Alif Mokhter menamatkan
Bacalah ini tulisan
Boleh buat panduan

11.00 tengahari - 18 April 1992

Ke Halaman Utama

Copyrigth 1999 Imnogman(TM) (ZZZ Reversed Tech, Inc.)