Gugusan Syair Alif Mokhter
Perjumpaan Hari Lebaran
Sebuah surat aku dah terima
Mempersilakan aku turut bersama
Ke majlis sambutan hari raya
Serta semua satu keluarga
Hari ini masanya sampai
Jam dua petang amatlah sesuai
Di dewan sekolah berkumpul beramai
Datang ke sana berjurai-jurai
Aku tidak dapat menghadiri
Sedikit uzur menimpa diri
Malulah bergaul kalau begini
Biarlah di rumah duduk menyepi
Menyepi dirumah boleh bekerja
Menulis boleh sepatah dua
Baik puisi mahupun prosa
Tepuk dada tanya selera
Bacalah ini bila berkesempatan
Berhati-hati usah dicepat-cepatkan
Kerana isinya jauh tersimpan
Itulah sengaja penulis nasihatkan
Kerja ini tak pernah disuruh
Cuma kemahuan tak kunjung rapuh
Bangsa yang maju penulisnya berpuluh
Mereka berusaha bersungguh-sungguh
Ada yang tak tentu siang dan malam
Tulisannnya berkembang tak pernah padam
Ada yang tersebar ke seluruh alam
Hasilnya nampal perlbagai ragam
Tulisan mereka jadi tuntunan
Bukunya terjual memenuhi perpustakaan
Difilem diedar jadi pertunjukan
Orang menyambutnya berebut-rebutan
Taklah gitu tulisan ini
Hadirnya cuma memenuhi almari
Mungkin berguna dikemudian hari
Setelah diselidik sepuas hati
Bila membaca tak perlu dikenal
Siapa itu Alif Mokhter
Perhati maksudnya faedahnya kental
Berpandu dengannya cabaran terhindar
Indah tidaknya syairku ini
Setelah diulang beberapa kali
Barulah terasa dihati nurani
Mungkin terhibur gelabah di diri
Ada orang menyediakan bacaan
Selain berfoya ke taman hiburan
Atau ke pantai melihat lautan
Syairku ini boleh disamakan
Untuk sementara berhenti dulu
Tulisan berhenti sementara waktu
Bersambung tidaknya belumlah tahu
Insya Allah ditulis kelapangan menunggu
3.15 petang - 18 April 1992
Ke Halaman Utama
Copyrigth © 1999 Imnogman(TM) (ZZZ Reversed Tech, Inc.)