Gugusan Syair Alif Mokhter

Pengaruh Wang

Di utara di selatan di timur di barat
Banyak kerja orang dah buat
Adanya duit ganjaranya bersukat
Tegal duit keperluan dekat

Wang walau di mana saja
Hebat pengaruhnya pada pengguna
Kemampuannya lebih dari segala
Berat dan ringan dalam genggamannya

Boleh membunuh barang bernyawa
Lulus kehendak dek susah mendapatnya
Tumbang yang tegak bila di usirnya
Benar yang salah oleh pengaruhnya

Boleh di ibaratkan laksana pedang
Mudah memotong adanya penghalang
Pada lidah yang tak bertulang
Petah cakapnya dibenarkan orang

Walau salah si kaya berbicara
Betul juga dek orang semua
Kalau si miskin dia berkata
Walaupun benar dianggap dusta

Kini diubah namanya gaji
Upah kerja sebulan sekali
Berebut-rebut manusia mendekati
Kecil besar tanpa kecuali

Kilang tumbuh seperti cendawan
Kerja banyak jadi buruan
Kampung tinggal dah jadi hutan
Pekan padat dah jadi persoalan

Tercengang orang tua di mana saja
Terutama di desa kat ulu sana
Kampungnya semak tenaga tak ada
Pemerintah kini dah geleng kepala

Wang, duit dan makan gaji
Bersedia bekerja di tempat sunyi
Di tempat tinggi sedia mendaki
Di dasar laut sanggup menyelami

Wang, wang oh wang ringgit
Banyak manusia dah mati tersepit
Di bandar di desa sedia bersakit
Mengejar dikau sentiasa menggamit

Masalah akhlak muda-mudi
Pecah berderai amatlah ngeri
Tidak berbapa lahirlah bayi
Terdedah aurat dah tidak dipeduli

Ulama berpendapat itulah petanda
Hari Kiamat dah hampir tiba
Benar tidaknya petua mereka
Hasutan iblis tak disedarinya

Bukankah iblis sentiasa menunggu
Mangsanya yang lalai mudah tertipu
Oleh racun di luarnya madu
Tanpa selidik ditelan selalu

( Iblis durjana menunggu mangsa
Tak kira tua mahu pun muda
Kini kemenangannya amatlah nyata
Noda tumbuh di bawah pengaruhnya

Perangilah iblis habis-habisan
Quran dan Hadis jadikan panduan
Setelah insaf cepatlah gustan
Taubat kita Tuhan melayan )

Banyak duit akan dijulang
Banyak wang senang-linang
Tak berduit abang terbang
Tak berwang tidur di simpang

Bila terkumpul duit banyak
Saudara-mara semuanya jinak
Wang banyak melambak-lambak
Adik sayang lulus kehendak

Anak dan wang itulah harta
Tatkala hidup dalam dunia
Tidak ada itu semuanya
Hidup ini takada ertinya

Banyak yang mati kerana duit
Mati beranak dapat syahid
Duit dan syahid bukan penyakit
Berjuang kerananya taklah pahit

Kekal berjuang tekun berusaha
Rajin modalnya dalam bekerja
Kiranya malas terimalah padahnya
Sentiaa saja dicaci di hina

Kalau-kalau kemudahan tak ada di situ
Usah lama di sana melahu (berjalan buang masa)
Pindah cepat setakat termampu
Berani mengubah banyak yang maju

Rasullullah pun meninggalkan Makkah
Bersama sahabatnya pindah ke Madinah
Kejayaan di Madinah amat terserlah
Makkah kemudiannya dapat di perintah

Oi ! contohilah pergerakan Rasul ini
Berpindah kiranya menyelamatkan diri
Beramal beribadat giatkan sekali
Elakkan dari melakukan asi

Patuhi kawan tegah dan suruh
Mentaatinya perlu bersungguh-sungguh
Suruhan dibuat tegah dijauh
Dunia Akhirat selamat berlabuh

Hati naluri tentunya bersih
Beramal beribadat tidaklah leceh
Orang suka Nabi pun kasih
Di alam Akhirat bahagiannya lebih

4.15 petang - 20 April 1992

Ke Halaman Utama

Copyrigth 1999 Imnogman(TM) (ZZZ Reversed Tech, Inc.)