Gugusan Syair Alif Mokhter
Nabi Adam Siti Hawa Moyang Kita
Satu ketika Adam dijadikan
Iblis sengaja membuat bantahan
Tidak sujud bila diperintahkan
Tegal nur dia dijadikan
Yang lain sujud belaka
Malaikat semuanya taat menurutnya
Sekalipun jadinya lebih mulia
Kekallah mereka dalam syurga
Adam amatlah bersusah hati
Tegal keseorangan kian ke mari
Tiba-tiba tertidur tak sedar diri
Bila terjaga Hawa dah di sisi
Di sana Adam menjunjung perintah
Duduklah bersenang dalam Jannah
Bersuka bergembira tanpa bersusah
Sebatang pokok dilarang mencecah
Iblis yang sedia menaruh dendam
Terus menipu Hawa dan Adam
Buah terlarang keduanya mengidam
Saling memakannya tanpa waham
Keduanya menyesal yang amat sangat
Setelah berlakunya yang diperbuat
Tubuh pun telah berubah sifat
Tuhan mengetahuinya amat cepat
Adam, Hawa iblis ketiganya
Diperintah segera turun ke dunia
Merek atertuduh telah derhaka
Adam dan Hawa amat berduka
Tuhan Penyayang lagi Pemurah
Penyessalan keduanya memohon menyembah
Setelah keduanya memohon menyembah
Kekallah di dunia sebagai khalifah
Manusia sejak mula dijadikan
Sempurna mulia tanpa kecelakaan
Tegal iblis yang sengaja menyesatkan
Manusia yang lalai ke lembah kehinaan
Tuhan selamanya sedia menunjuk
Ke jalan yang lurus tanpa bengkok
Quran dan Hadis saja dipeluk
Tipuan iblis takkan masuk
Di dunia ini adalah persediaan
Di antara kita ingat-mengingatkan
Beramal beribadat membuat bekalan
Melakukan maksiat hendaklah elakkan
Perintah Tuhan pasti dipatuh
Dua jalannya orang 'kan rempuh
Jalan kebaikan amat disuruh
Ke jalan asi iblis mengasuh
Pilih sendiri hai saudara
Ke syurga atau mahu ke neraka
Di syurga tempatnya amat mulia
Dalan neraka kekal sengsara
Rabu 1.50 petang - 13 Mei 1992
Ke Halaman Utama
Copyrigth © 2000 Imnogman(TM) (ZZZ Reversed Tech, Inc.)